Tentang Kami

 
 

AkademiWang.Com diuruskan oleh THINKERICH Resources [002554522-A],  sebuah syarikat latihan, perundingan dan kejurulatihan atas talian yang ditubuhkan sejak tahun 2007.

Ia diwujudkan sebagai kolej maya yang memberikan input-input khusus tentang motivasi kewangan, pendidikan kewangan, bisnes dan keusahawanan.

Fungsi-fungsi ini dijalankan melalui program-program  berikut:

 

Seminar KEWANGAN PERIBADI

Modul : Seminar Urus Duit Anda Hari Ini (S.U.D.A.H.I)  

Modul : Seminar SMART MONEY MANAGEMENT [S.M.M]

Modul : Seminar SMART DEBT MANAGEMENT [S.D.M]

Modul : Seminar MONEY MASTERY INTENSIVE [M.M.I]

 

Program MOTIVASI & KEUSAHAWANAN

Modul : Seminar Motivasi Untuk Bisnes Kecil

Modul : Seminar Intensif Mengurus Bisnes Kecil [I.M.B.K]

 

Program BUAT DUIT DI INTERNET

 

Modul : Kursus Affiliate

Bagaimana Menjana ‘Income LUMAYAN’ Di Internet … (Pakej Video)

 

Modul : Resell Rights

– Buat Duit Dengan E-Book Rahsia Bagaimana Hendak Menghapuskan Hutang Dengan Lebih Cepat!

 

Modul : Resell Rights

– Buat Duit Dengan E-Book Tip Bagaimana Hendak Mengurus Wang Dengan Lebih Efektif

 

Modul : Master Resell Rights

Buat Duit Dengan E-Book ClickBank Step By Step

 

Modul : Seminar Buit Duit Dengan Bisnes Ebook (Akan Datang)

 

Modul : Seminar Buat Duit Dengan Internet (Akan Datang)

 

 

Visi

Menjadi Pusat Pendidikan Dan Latihan Motivasi Kewangan Individu Yang Terunggul di Malaysia. Mengendalikan pelbagai program motivasi & kewangan secara awam dan latihan secara dalaman di agensi kerajaan serta swasta.

 

Misi

Memberikan Fokus Utama Dalam Mendidik Individu Untuk Merancang & Mengurus Kewangan Peribadi Dengan Lebih Baik & Teratur. Disamping itu Mampu Menghasilkan Wang Dan Pendapatan Sendiri Bersama Pengurusan Wang Yang Betul.

 

Objektif

Memperbaiki sistem pendidikan formal yang sebelum ini kurang menyediakan peluang kepada individu dalam menguasai pendidikan kewangan secara formal.

 

Moto

Pendidikan Kewangan Bermula Di Sini!

 

Fokus

Menurut hasil kajian kumpulan fokus yang di adakan oleh AKPK, kekurangan pengetahuan dalam pengurusan kewangan peribadi merupakan sebab utama kebanyakan individu, tidak kira tua atau muda, terjebak dalam masalah hutang yang tidak mampu mereka atasi.

Pengurusan kewangan yang tidak cekap hasil daripada kurangnya pemahaman tentang prinsip asas kewangan adalah sebab utama individu terjerat dalam masalah ini.

Di Akademi Wang kami berusaha untuk mendidik masyarakat tanpa mengira bangsa, sosioekonomi, dan tahap pendidikan tentang pentingnya pengetahuan dan kemahiran kewangan yang betul.

Kami sedar bahawa bagi membendung masalah kewangan yang semakin serius di kalangan rakyat, masyarakat umum perlu dididik menjadi celik wang; dan bagi menyokong usaha ini, Akademi Wang menyediakan jalan di mana rakyat boleh mendapatkan nasihat dan kaunseling tentang hal-hal kewangan peribadi.

Di samping itu, kami juga menyediakan panduan kepada mereka yang dibelenggu hutang untuk memulih semula keadaan kewangan mereka melalui ebook dan seminar yang kami tawarkan di Akademi Wang.

Di Akademi Wang kami telah berjaya merangka suatu pendekatan untuk mendidik masyarakat tentang wang melalui 2 kaedah iaitu melalui pendekatan : Motivasi Kewangan & Pendidikan Kewangan.

Akademi Wang akan berusaha untuk terus memperkenalkan cara-cara inovatif untuk mempertingkatkan pengetahuan kewangan di kalangan pengguna agar sentiasa berada di hadapan dari segi penyebaran pendidikan kewangan.