$eminar Urus Duit Anda Hari Ini ($.U.D.A.H.I)

 

KENAPA PROGRAM INI PERLU DIJALANKAN TERUTAMA SEKALI UNTUK KAKITANGAN AWAM?

Saban tahun Agensi Kerajaan seringkali menjalankan latihan dan kursus berkaitan motivasi, komunikasi, kualiti, pembangunan diri tetapi ‘terlupa’ tentang kursus berkaitan Pengurusan Kewangan Peribadi yang amat penting untuk kakitangan awam.  Berikut petikan berita yang dipaparkan di akhbar;

Bimbang Dengan Jumlah Muflis Di Kalangan Penjawat Awam, CUEPACS, Kesatuan Yang Mewakili Lebih Sejuta Pegawai Kerajaan Di Negara Ini, Mahu Satu Modul “Pengurusan Kewangan Persendirian” Diperkenalkan Kepada Penjawat Awam…

    (Setiausaha Agung CUEPACS, Lok Yim Pheng)

Menurut laporan akhbar, 1,086 penjawat awam diisytihar muflis pada 2009, dengan 72.74 peratus daripada mereka adalah lelaki. Sekiranya perkara ini tidak dipantau, bilangan dan angkanya akan terus meningkat saban tahun. Situasi ini sudah pasti akan menjejaskan keberkesanan dan integriti perkhidmatan kerajaan kerana penjawat awam tidak mampu memberikan tumpuan kepada tugas mereka dengan lebih baik.

Justeru itu adalah sesuatu yang sangat penting untuk mendidik para penjawat awam dengan kemahiran pengurusan kewangan peribadi supaya mereka dapat mengelak daripada menghadapi masalah hutang.  Ini kerana masalah hutang berkenaan akan membawa kepada masalah Keberhutangan Kewangan Yang Serius dan seterusnya membawa kepada kecenderungan untuk terlibat dengan gejala Rasuah, Judi, Skim Cepat Kaya, Salah Guna Kuasa, Pecah Amanah, Ponteng Kerja dan ini sudah pasti akan menjejaskan sistem penyampaian kerajaan.

Sehubungan itu, memilih untuk menjalankan program ini di organisasi tuan/puan merupakan satu tindakan yang bijak dan tepat pada masanya!

 

OBJEKTIF KURSUS

  1. Mewujudkan kesedaran terhadap kepentingan pengurusan kewangan peribadi yang berhemah;
  2. Meningkatkan pengetahuan mengenai aspek-aspek perancangan kewangan peribadi yang lebih sistematik;
  3. Membolehkan peserta menguasai kemahiran menggunakan kaedah pengurusan kewangan peribadi supaya lebih teratur.

TAWARAN PAKEJ ISTIMEWA UNTUK AGENSI KERAJAAN

Program ini direka khusus untuk memenuhi keperluan kakitangan awam bagi mendidik mereka dalam pengurusan kewangan yang betul seterusnya membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi. Yuran untuk belajar ilmu ini di luar sana mencecah antara RM500 hingga RM3,000 bagi setiap peserta.

Namun, tawaran pakej istimewa diberikan khusus untuk agensi kerajaan hanya *RM3,000 (Terhad Kepada Maksima 30 peserta sahaja). Tawaran Terhad Untuk Tahun ini sahaja! Untuk keterangan lanjut sila hubungi THINKERICH

Tel            : 087-581727

E-mail      : thinkerich@gmail.com

Blog         : www.PemikirKaya.com

Web        : www.AkademiWang.com

Minisite  : www.KewanganPeribadi.com

*Tidak termasuk kos bahan modul latihan, penginapan dan perjalanan penceramah 

 

SELEPAS MENGIKUTI SEMINAR INI PARA PESERTA AKAN MENGUASAI DAN MEMPELAJARI

  1. Bagaimana Asas Kewangan Yang Betul Dapat Membantu Menyelesaikan Masalah Kewangan
  2. Bagaimana Memulihkan Kedudukan Kewangan Untuk Mencapai Impian & Matlamat Hidup
  3. Bagaimana Membebaskan Diri Daripada Masalah Kewangan & Bebanan Hutang
  4. Bagaimana Mengumpul, Melindungi Serta  Mengagihkan Harta Untuk Hidup Bahagia, Kaya & Selesa

 

1 Comments

  1. MERIAM OMAR says:

    Saya sangat berminat untuk mengikuti seminar yang dianjurkan oleh institusi tuan

Post a Comment