Pentingnya Ilmu Kewangan Yang Betul

 
 

“Apakah Makna Kekayaan Yang Sebenar ?”

Ramai yang masih keliru dengan erti sebenar kekayaan.

Ramai orang beranggapan bahawa kekayaan itu adalah bilamana seseorang itu boleh mendapat wang yang banyak.

Benarkah itu maksud sebenar untuk menjadikan seseorang itu kaya – raya?

Sebelum saya jawab dan huraikan lebih lanjut, biarlah saya beritahu anda bahawa mendapatkan duit yang banyak dan tahu bagaimana untuk mendapatkannya belum tentu mampu membuatkan anda menjadi kaya.

Saya kenal ramai orang yang mampu perolehi 4 hingga 5 angka sebulan, tetapi sehingga kini masih menghadapi masalah kewangan.

Bagi membuktikan apa yang saya perkatakan itu, mari saya jelaskan kepada anda dengan lebih jelas lagi.

Anda boleh dapatkan RM10,000 sebulan, tetapi anda masih lagi dikira miskin jika anda berbelanja RM15,000 sebulan disebabkan gaya hidup anda yang mewah dan kelihatan seperti ‘orang kaya’.

Sebenarnya tak kaya cuma ‘bergaya’ macam orang kaya :)

Namun jika hari ini anda hanya dapat RM5,000 sebulan dan hanya belanjakan RM2,500 sebulan sahaja dan anda simpan RM2,500 lagi , dalam masa 30 tahun anda dah ada RM900,000 …

Tu tak termasuk faedah yang anda dapat jika anda laburkannya.

Jadi kesimpulannya, nak jadi kaya tak semestinya kita perlu cari duit yang banyak sebaliknya kita perlu tahu strategi yang betul untuk menguruskan kewangan kita dengan lebih baik.

 

No comments

Be the first one to leave a comment.

Post a Comment