Gunakan Hutang Dengan Betul!

 
 

 

 

 

 

 

 

Hutang tidak semestinya tidak baik. Ini kerana hutang atau pinjaman mempunyai pelbagai ciri yang berbeza berdasarkan tujuan dan matlamat anda! Untuk itu anda perlulah mengetahui perbezaan di antara hutang yang baik dengan yang tidak baik!

Jadi apakah itu hutang baik?

Manakala hutang tidak baik pula adalah apabila anda meminjam untuk sesuatu yang tidak mendatangkan faedah dan manfaat kewangan kepada anda sebaliknya barangan yang anda beli secara berhutang itu mempunyai jangka hayat yang jauh lebih singkat daripada  tempoh masa pembayaran balik pinjaman.

Contohnya seperti membeli pakaian, perabot, handphone, makan diluar, pergi bercuti, aksesori kereta, kelengkapan isi rumah dan apa sahaja yang mengakibatkan anda menanggung beban hutang yang berpanjangan selepas itu.

Jadi daripada contoh di atas, anda mungkin dapat sedikit gambaran sebenar tentang hutang.

Tanggapan bahawa berhutang adalah perkara yang tidak berfaedah dan tidak baik untuk adalah tidak tepat kerana hutang juga boleh digunakan untuk membantu anda dalam memudahkan kehidupan anda dalam pengurusan kewangan dan kekayaan anda!

Ada orang yang mengatakan hutang itu sesuatu yang baik dan ada sestengah yang lain pula menyalahkan hutang sebagai punca segala  masalah dalam kehidupan mereka.

Namun begitu, apakah realiti sebenar hutang ini? Saya pasti anda juga ingin tahu bukan?

Ada teori yang mengatakan ‘Hutang Baik’ dan ‘Hutang Buruk’…

Anda mungkin bertanya saya..” Saudara Thinkerich, saya makin keliru???

Apakah maksudnya semua ini? Boleh tolong jelaskan…”

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan yang dikasihi sekalian…begini kisahnya:-

Hutang secara ringkasnya bolehlah dikaitkan dengan pinjaman. Ianya termasuklah pinjaman perumahan, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan pelbagai bentuk kemudahan kredit.

Ianya juga boleh diumpamakan seperti sebilah pedang yang boleh digunakan di kedua-dua belah sisi. Ianya mungkin boleh digunakan untuk tujuan dan manfaat bagi membantu memudahkan urusan kehidupan anda atau sebaliknya ia mungkin boleh melukakan atau mencederakan jika anda silap atau cuai dalam menggunakannya.

Jika anda serius untuk menjadi kaya, maka gunakan hutang ini sebagai satu bentuk ‘laveraj’ untuk membantu diri anda mengumpul aset sebagaimana orang-orang kaya gunakannya sebagai alat untuk mencapai kekayaan mereka.

Contohnya, mereka menggunakan hutang untuk membantu mereka memperolehi lebih banyak kawalan ke atas pegangan aset seperti rumah dengan membuat pinjaman. Apakah anda fikir orang kaya membeli rumah secara tunai?

Sudah tentu tidak!

Jika mereka ada wang RM1,000,000.00, mereka tidak membeli sebuah rumah atau dua buah rumah secara tunai dengan wang sejumlah itu, sebaliknya mereka menggunakan leveraj tersebut untuk mendapat pegangan aset hartanah yang bernilai mungkin 10 kali ganda daripada nilai itu dengan baki 90 peratus di bawah pembiayaan bank.

Bagi usahawan dalam dunia perniagaan mereka menggunakan wang yang dipinjam daripada bank untuk membiayai kos projek mereka tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri.

Apabila mereka mendapat untung seperti yang mereka rancangkan, wang pinjaman tersebut akan dilangsaikan dengan segera termasuk kos faedah pinjaman .

Malangnya kebanyakan daripada kita masih lagi silap dalam menggunakan hutang sebagai ‘laveraj’. Kebanyakan menggunakannya untuk meningkatkan taraf hidup mereka seperti membeli kereta mewah, menggunakan Kad Kredit untuk shopping sakan dan sebagainya.

Secara ringkasnya atau lebih tepat hutang buruk ini adalah bila mana anda meminjam untuk membeli sesuatu yang menyusut nilainya atau langsung tidak membantu meningkatkan nilai aset anda sebaliknya membebankan diri anda seperti membeli set TV Home Theatre, kereta mewah dan membeli belah.

Jadi anda pilih yang mana satu? Sekiranya anda mahukan kekayaan, contohi cara orang kaya menggunakan hutang atau sebaliknya, terserah kepada anda!

 

No comments

Be the first one to leave a comment.

Post a Comment