Bilakah Anda harus Buat Pinjaman?

 
 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sebelum menggunakan kad kredit atau mengambil sebarang bentuk pinjaman atau membeli sesuatu dengan berhutang, tanyakan diri anda soalan berikut:-

• Apakah saya benar-benar memerlukannya? Atau ia sekadar kemahuan?

• Haruskah saya memilikinya hari ini?

• Apakah yang akan terjadi jika saya tidak membelinya hari ini?

• Bagaimanakah saya mampu bertahan selama ini tanpanya?

 

Jika anda telah memutuskan bahawa ia sesuatu yang benar-benar anda perlukan, nilaikan jika anda perlu membuat pinjaman untuk membelinya. Keadaan anda akan menjadi lebih baik jika anda menabung untuk membelinya dan membayar secara tunai bagi  menjimatkan bayaran faedah.

Sebaliknya, ambillah satu pinjaman kecil supaya anda tidak melampaui kemampuan kewangan anda. Lihat ke arah jumlah kos pinjaman termasuk jumlah bayaran faedah sebelum anda meminjam. Pinjamlah hanya jika anda pasti bahawa anda mampu membayar semula pinjaman itu.

Sebelum anda meminjam, cuba menabung jumlah yang sama dengan jangkaan pembayaran ansuran pinjaman anda setiap bulan. Taksirkan pendapatan dan perbelanjaan bulanan anda bagi mengetahui jika anda mempunyai baki dana untuk membayar ansuran pinjaman tersebut.

 

2 Comments

  1. Alojamiento says:

    assalamulaikum, saya dah seminggu berjaya dalam lelongan mahkamah bagi satu rumah rm 36000 tapi masih belum dapat bank pembiayaan. apa harus saya buat. saya telah kebeberapa bank tapi semua bank tersebut menyatakan tidak dapat beri pembiayaan bagi hartanah bawah rm 50000. tolong lah saya kalau tak dapat bank pembiayaan hanguslah deposit saya

  2. Thinkerich says:

    Waalaikumusalam,

    Tuan mungkin boleh dapatkan pinjaman peribadi bagi membiayai kos rumah RM36,000 tersebut.

Post a Comment