Bagaimana Urus Pinjaman Dengan Efektif?

 
 

 

Semua pinjaman mengambil masa untuk dilunaskan. Di sini ada beberapa langkah mudah yang boleh membantu anda.

 

– Buatlah pembayaran semula sekaligus:

Jika anda ada sedikit wang tambahan, anda boleh menggunakannya untuk membuat satu pembayaran semula sekaligus bagi pinjaman peribadi anda.

 

– Tambahkan pembayaran semula anda:

Satu cara mudah untuk melangsaikan hutang anda dengan cepat ialah dengan menambahkan jumlah pembayaran semula anda. Anda akan terkejut betapa besarnya perbezaan yang dihasilkan oleh satu penambahan kecil.

 

– Kurangkan hutang:

Lunaskan hutang yang mengenakan faedah paling tinggi terlebih dahulu. Oleh kerana kad-kad kredit umumnya mengenakan bayaran

kadar faedah lebih tinggi, adalah baik untuk membayar bil-bil itu sepenuhnya setiap bulan. Jika anda mempunyai kesukaran membayar sepenuhnya bil kad kredit anda, bayarlah seberapa yang anda mampu. Anda juga harus menyemak semula tabiat perbelanjaan anda dan membuat perubahan untuk berbelanja mengikut kemampuan anda.

Harus diingat lebih cepat anda mengurangkan jumlah yang belum anda lunaskan, lebih rendah pembayaran faedah anda.

 

No comments

Be the first one to leave a comment.

Post a Comment