Aktiviti

 

Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi

– Institut Latihan Kecemerlangan MARA –

7hb Februari 2013

Hotel B-Suite Penang

Pada 7hb Februari 2013 bertempat di Hotel B-Suite Penang, Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) telah menjalankan Seminar Pengurusan Kewangan Peribadi khusus untuk warga dan kakitangan MARA. Dalam seminar tersebut, saya telah dijemput untuk berkongsi ilmu tentang pengurusan kewangan peribadi yang telah dijalankan selama satu hari. Seramai 70 orang peserta terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan agensi di bawah MARA telah hadir dengan jayanya.

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua staf MARA khususnya Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) terutama sekali buat Puan Azriati yang telah mengambil inisiatif yang baik dalam menjadikan kursus latihan ‘Pengurusan Kewangan Peribadi’ sebagai salah satu dari agenda penting dalam kalendar latihan tahunan untuk semua warga MARA.

Saya amat kagum dengan sikap peserta yang cukup komited dalam memberi tumpuan dan perhatian sepanjang seminar dijalankan biarpun terdapat sedikit masalah teknikal ke atas mikrofon yang disediakan oleh pihak hotel. Biarpun begitu ianya tidak menjadi alasan untuk para peserta terus memberikan tumpuan dengan pelbagai persoalan berkaitan pengurusan wang telah dilontarkan.

Bukan sekadar soalan lisan, saya juga mendapat soalan tambahan bertulis yang diberikan oleh para peserta. InsyaAllah soalan tersebut akan saya jawab dalam ruangan blog ini agar ianya dapat memberikan manfaat kepada pembaca lain nanti.

Selepas tamat, peserta juga tidak melepaskan peluang bertanya tentang buku ‘Bajet Wang’, sayangnya buku tersebut telah habis dijual dan tiada lagi dalam simpanan saya. Bagi peserta yang berminat mungkin boleh dapatkannya daripada kedai buku berhampiran.

Terima kasih sekali lagi buat urusetia program Puan Azriati, selaku pegawai latihan ILKM dan juga warga MARA yang telah mengikuti seminar saya tersebut. Mereka semua cukup-cukup mesra.

Semoga saya diundang lagi oleh ILKM bagi menjayakan kursus dan latihan untuk kakitangan MARA agar kita sama-sama dapat meningkatkan lagi kualiti diri dan sama-sama membangunkan agama, bangsa dan tanahair.

Salam kekayaan,

Khairulnahar Jamaluddin a.k.a Thinkerich