Bagaimana Urus Pinjaman Dengan Efektif?
Semua pinjaman mengambil masa untuk dilunaskan. Di sini ada beberapa langkah mudah yang boleh membantu anda. – Buatlah pembayaran semula sekaligus: Jika...
Akademi Wang merupakan satu pusat latihan dan pembelajaran yang bermatlamat untuk melahirkan para individu yang mempunyai ilmu, kemahiran dan keupayaan untuk menguruskan kewangan peribadi dengan baik dan teratur. Di Akademi Wang, kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik terutama sekali dalam menyediakan program berkaitan kewangan peribadi yang sebenar dan yang paling penting ianya praktikal. Apabila disebut praktikal ianya sudah semestinya sesuatu yang boleh diikuti dan dilaksanakan oleh sesiapa sahaja.
Program yang ditawarkan akan disampaikan dalam bentuk dan medium berbeza, sama ada melalui seminar dan latihan, atas talian (secara online), ebook dan bukuĀ di bawah label Akademi Wang.
Program ini merupakan satu platform untuk anda mempelajari ilmu yang tiada (the missing chapter) dalam sistem pengajian biasa. Ilmu yang tidak diajar dalam sistem pengajian biasa inilah yang akan di dedahkan kepada anda di dalam Akademi Wang supaya anda mampu mengurus dan seterusnya merubah kewangan peribadi anda menjadi lebih baik dan berjaya.